Berita: ClickBank Dibuka Untuk Penduduk Malaysia

Tidak lama dulu penggiat pemasaran internet di Malaysia menerima berita gembira apabila PayPal membuka pendaftaran kepada sesiapa yang beralamat di Malaysia.

Sekarang satu lagi berita yang tidak kurang manisnya adalah ClickBank pula telah mengambil langkah yang sama.

Rakyat Malaysia telah diizinkan untuk berdaftar dengan mereka setelah sekian lama. Sebelum ini mereka yang berminat dengan perniagaan affiliate Clickbank terpaksa menggunakan berbagai cara yang agak rumit sebelum diterima oleh ClickBank. Hmmm agak kreatif juga mereka nih!

Sekarang, apa yang kita sangat harapkan adalah supaya kelonggaran ini tidak disalahgunakan dan manfaatkan semua ini mengikut peraturan dan penuh etika. Ini untuk mengelakkan masalah lama berulang kembali.

Pendaftaran adalah percuma dan jika berminat bolehlah daftar sekarang.

Oops! Mungkin ada yang tertanya-tanya apa itu ClickBank? Ia adalah satu "marketplace" yang amat popular bagi affiliates bagi mendapatkan produk digital yang boleh dijual untuk mendapat komisyen.

Affiliates? Adalah gelaran bagi sesiapa yang menjual barangan bukan kepunyaan mereka. Mereka ni membuat promosi supaya sesuatu produk dapat dijual dan mereka akan menerima sebahagian hasil jualan itu sebagai "upah" atau komisyen.

Jika ingin tahu lebih lanjut tentang ClickBank, sila rujuk di sini...

Posted In

Akaun PayPal Untuk Anda - Percuma dan Mudah!

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.