Skip to main content

Cara Cepat Keluar Wang Dari PayPal

July 21, 2010 by kelab

Dalam artikel yang lepas saya berkongsi cara mengeluarkan dana PayPal melalui kad debit Bank  AlRajhi. Ianya agak mudah tapi memerlukan anda membuka akaun AlRajhi kalau belum ada. Tempuh penjelasan tunainya pun agak lama iaitu lebih kurang 7 hari.

Logo of PayPal.

Image via Wikipedia

Sekarang PayPal telah memberikan satu lagi kemudahan kepada pelanggannya di Malaysia! Iaitu pengeluaran terus ke akaun bank pilihan anda. Penjelasannya pula lebih cepat sekitar 2-3 hari saja. Boleh dikatakan semua bank di Malaysia ada tersenarai jadi kesimpulannya – amat menyenangkan sekali..

Dan lagi, kalau anda keluarkan lebih daripada RM400, tiada yuran perkhidmatan dikenakan (percuma). Kalau kurang dari RM400 pun hanya RM3 sahaja dikenakan.

Berbanding anda kena bayar RM20 kalau guna kaedah menggunakan kad debit.

image

Bagaimana Caranya?

  • Login ke akaun PayPal seperti biasa
  • Klik “Withdraw”
  • Klik “ Withdraw to your bank account”
  • Klik “Add a bank account”

image

  • Masukkan semua maklumat. Klik “Details” untuk dapatkan MEPS bank routing code. Contoh seperti di bawah:

image

  • Klik “Continue”

Itu saja! Ha, nanti bolehlah belanja saya ye :)

Anda ada idea bagus?

Dapatkan khidmat freelancer untuk membantu anda memajukan idea anda dengan segera.

Di sini pihak yang memerlukan servis dipertemukan dengan freelancer pilihan mereka dengan cara yang mudah, cepat dan murah.

Buat masa ini servis adalah percuma.

Daftar Sekarang
 

 


Kelab Internet Top Sites

Pakej Web Jualan

Akaun PayPal Untuk Anda - Percuma dan Mudah!

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Premium Drupal Themes by Adaptivethemes