Layakkah Anda Jadi Pemasar Internet - Bhg 2

Dalam bahagian 1 saya mungkin kelihatan sangat negatif. Itu saya akui dan saya masih berpegang kepada nada yang sama.

Tujuan saya? Itu adalah semata-mata untuk menyatakan bahawa perniagaan internet, bahkan apa perniagaan sekali pun bukan suatu yang boleh diambil mudah. Ini adalah supaya anda tidak mudah terpedaya dengan orang-orang yang mengambil kesempatan di atas kenaifan anda.

Saya tidak bertujuan mematahkan semangat anda, bukan. Saya mahu anda menerima kenyataan ini terlebih dahulu. Jika anda menceburi bidang ini dengan "expectation" yang salah, anda akan pasti gagal - maaf!

Perniagaan internet adalah mudah semata-mata kerana ianya boleh dijalankan dari rumah atau di mana sahaja yang ada sambungan internet. Juga kerana anda boleh "bertemu" ramai orang tanpa perlu keluar dari rumah anda. Anda boleh menjual produk digital dan pembeli hanya muat turun terus dari laman web anda. Anda boleh menjual produk "affiliate" dengan hanya mempromosi "affiliate link" dan dapat komisyen jika ada pembelian. Juga kerana anda boleh menerima bayaran secara digital.

Mungkin ada beberapa lagi keistimewaan internet business tetapi itu semua kebanyakannya adalah bersifat teknikal.

Masalah - apa yang selalunya kurang difahami adalah asas-asas pemasaran dan perniagaan masih kekal seperti perniagaan offline atau "brick-and-mortar". Perkara-perkara seperti promosi, iklan, customer care, jaminan, trustworthy, integrity, mutu produk dsb masih bahkan sangat-sangat relevan. Kelakuan manusia tidak banyak berubah samada di alam siber atau bukan-siber.

Ok sebagai contoh, apabila disebut perkataan "perniagaan internet" ramai orang akan nampak gambaran "laman web" dan apabila kita ada laman web orang akan datang berduyun-duyun untuk melihat dan membeli produk kita. Kita boleh menjadi kaya sekelip mata.

Ini adalah khayalan orang yang tidak pernah ada laman web sendiri. Sesiapa yang mempunyai laman web akan faham bahawa ini adalah fantasi semata-mata. Tanpa promosi tiada orang akan menjenguk apatah lagi membeli produk anda.

Kenapa? Mudah saja.

Sekarang ni ada beratus juta laman web dan blog dan puluhan ribu yang baru dibina setiap hari. Pelayar internet pun ada dalam bilangan ratusan juta juga. Jadi bilangan laman web sangat tinggi berbanding pelawat yang ada. Oleh itu ada laman yang berpelawat tetapi sebilangan besar yang tiada langsung kecuali tuan punya mereka sendiri melawatinya. Cry

Sebenarnya pembinaan laman web adalah sebahagian kecil sahaja daripada skop bisnes internet, mungkin 5% lebihkurang. Cabaran yang paling besar adalah bagaimana mendapat pengunjung, menjadikan mereka pembeli dan membuat pembelian ulangan.

Inilah kunci kejayaan perniagaan online anda.

Dan inilah yang ingin saya sampaikan sebenarnya. Bisnes anda adalah pelanggan anda, bukan laman web.

Sekarang, pendapat anda pula bagaimana? Ruangan komen ada di bawah - silakan! Laughing

Jika saya ditanya soalan ini:

"...bagaimana nak buat duit RM1000-2,000 dalam masa 1 atau 2 minggu, apakah caranya?"

Jawapan saya mungkin serupa dengan yang ini:

http://andrewhansen.name/online-business/how-to-make-money-online-fast/

Laughing

Bahagian akan datang:

Persediaan sebelum melangkah ke alam perniagaan internet.

Jika anda ingin pastikan anda dapat mengikuti perbincangan ini seterusnya, silalah melanggan  melalui RSS feed atau emel.

Salam! 

Post new comment

  • Web page addresses and e-mail addresses turn into links automatically.
  • Lines and paragraphs break automatically.

More information about formatting options