Skip to main content

Ruang Promosi Untuk Anda

Buat catatan atau bina blog anda di sini secara percuma untuk mempromosikan aktiviti ataupun perniagaan online anda.

Daftar Sekarang

Increase Squeeze Page Conversion By 50.2% For FREE!

Pernahkah Anda Kena Phishing?

Phishing? Ape tu?

Haah, nak sebut pun susah. Ia adalah satu cara penjenayah cyber hackers untuk mendapatkan maklumat kad kredit, login dan password ke akaun online banking anda. Nak tahu detail, sila lihat phishing di Wikipedia.

Pagi ni saya dapat satu emel seperti kat bawah ni:

image

Tengok cara hacker ni – kita dikejutkan dengan mesej “akaun Maybank anda telah diblock…”. Tak lama dulu saya juga ada terima emel kononnya dari PayPal dengan amaran yang sama.

Sesiapa yang cemas akan terus klik link Maybank2u dalam mesej tu. Sebenarnya link tersebut BUKAN membawa kita ke https://www.maybank2u.com.my tetapi ke “http://85-189-251-182.pacetelecom.managedbroadband.co.uk”. Ha, jangan ada yang klik link tu pulak! Masalahnya kita jarang check url dalam browser kita kan?

Ada beberapa tanda lagi yang mencurigakan..

  • Domain emel tersebut adalah “mayb.com” – ya tepat sekali – “may be”!
  • Salah ejaan – “becouse”. Kalau Maybank mungkin tak macam tu (tapi kadang2 syarikat besar pun ada salah eja juga!). Selalunya emel phishing banyak mengandungi salah ejaan. Agaknya mereka ni tak tahu guna spell checker ke ape?

Jadi, hati-hatilah ye! Zaman siber ni penjenayah pun up-to-date juga.. Devil

Akaun PayPal Untuk Anda - Percuma dan Mudah!

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Premium Drupal Themes by Adaptivethemes